aku bersyukur :)

assalamualaikum and hye stalkers :P yelah , saje je nak berangan ade "silence reader" kan , even kte tahu blog kte tak popular . hahaha , aku lebih rela blog aku tiada pengunjung dan ade pembaca bisu yang tegar . nak dibandingkan sesetengah org yang budget blog dia tu ade org nak stalk and siap share link link blog nye di merata tempat . especially , siap mention nama manusia di twitter n minta comment -.- aku , paling teruk or terdesak sangat pun aku mention si PANJANG je lah . HAHA . k , jangan cakap banyak , sat g ade org or blogger budget hot terasa hati , terjun bangunan pulak kan :P 

so , based on my tajuk ni "aku bersyukur :)" ialah kerana , mama dah selamat jalani pembedahan dgn jayanya . dengan usaha Dr. Idham , Dr. Arsyad , Dr. Zahida dan Dr. Masyitah tanpa ada sebarang komplikasi atau sebarang masalah . alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar . aku panjat kan kesyukuran kepada Allah kerana masih mencipta manusia yang berperikemanusiaan yang sudi doakan yg terbaik untuk mama dan aku sekeluarga serta Allah meminjam kan aku nyawa untuk aku bernafas, untuk aku pandang manusia yang aku sayang dan cintai iaitu mama . terima kasih ya Allah . alhamdulillah mama dah stable and boleh bercakap , makan , minum , ingat ape yg berlaku dalam OT , and memang takde masalah langsung lah :3

oaky , jom kte start cerita dari awal k . aku nak share jugakkkk even korang taknak tahu ;)

6 June - bawak mama g hospital Serdang sbb doct Putrajaya mohon amek surat untuk permission bersama untuk mama jalani operation ni . bila dah sampai Serdang , ttbe doct Serdang cakap , doct Putrajaya lah ape lah . bila aku dah buat muka baru lah masing2 terkedek2 nak call each other andsettlekan ape yang patut . mama aku ni menderita dah hampir 2tahun ! perasaan membuak2 nak berjalan dia tu tinggi and kalau boleh dia nak cepat2 berjalan sbb dia dah rimas bertongkat macam tu . tapi , doct amek mende ni sambil lewa . so , aku kecewa jugak lah ! suppose nak operation kat columbia , but , bila fikirkan semula , buat ape bazir duit kan . sbb semuanya sama je . so , kami pilih lah untuk mama dibedah di hosp kerajaan . tak sangka pulak masalah kecik mcm ni boleh berlaku kan . bila di post2 mcm tu , akan lambat lah kan date operationnya . but , bila aku dah cakap satu persatu dgn doct tu baru lah dia ade akal nak pikir -.- then , doct Serdang cakap , ni rahsia antara doct, so , minta patient balik rumah and 8hb lapor diri di ward Putrajaya . yaAllah , sakitnya hati gua . gua drive , angkat wheelchair , tolak mama , naik turun hosp , last2 satu hapak pun takde . bila fikir2 memang lah kte rase tak berbaloi . tp , okay jugak , timba ilmu :D hahahaha crazy !

7 June - satu hari tu aku ade kat butik aunty aku :) haha , aku saja nak menimba ilmu, belajar serba sedikit tentang perubatan , baju2 kurung , jubah2 and tudung di situ . sangat seronok walaupun hanya untuk suka2 . almaklom lah , Aqeel g skola , mama and kakak ade keje memasing . so , aku busykan diri kat butik aunty aku uhh ! 

8 June - mama masuk ward , ikot perancangan 10hb June lah kaki mama akan dibedah and dimasukkan besi . masuk ward sbb mama ade diabetes , jadi doct nak make sure before operation , blood pressure mama stable and diabetes maintain in good condition . malam tu aku jaga mama . 

9 June -aku dok gegurau dgn mama , tanye pendapat dia tentang perasaan dia . sbbnye 10hb at 5p.m. mama akan dibedah kann . lawak2 je jawapan mama aku bagi . even , gelak tawa tu hanya untuk seketika , aku dapat rasa mama bahagia dgn lawak bodoh aku :D hahaha . sunset di Putrajaya ! :)


10 June - serioustalk ! mama yg nak dibedah tapi mama relax je . aku ? aku yang gelabah mcm aku yang nak g perang . aku tak tdo , aku tdo tak lena lah maksudnye . pepagi kakak datang , kakak teman aku n mama lahh ann . bersembang berborak semua . Doct rajin lah masuk bilik mama and tanye pendapat , get ready lah ape segala bagai . nurse pun sama keluar masuk keluar masuk , pening pale aku -.- kol 230 syazwan g berperang dgn first paper dia :3 memang ketara , nampak aku abaikan dia sedikit , sbb busy dgn mama , aku bersyukur sbb dia sangat2 memahami , and memandangkan dia pun tgh final exam , myb dia takkesah sangat aku takkerap kacaud ia thru text , whatsapp, wechat , twitter and etc, tepat kol 5 ptg , masa mama nak dibawak ke bilik bedah kat level 1 tu , cikgu sampai , cikgu motivasi mama , supaya mama jangan gelabah semua . walhal mama aku tu relax serelax2 nye . kteorg yang over gelabah . bila dah masuk stage one bilik operation , kami dibenarkan masuk . aku dgr je lelaki kacak tu tanya mama mcm2 soalan before nak bawak ke bilik bedah . heeeeee

situasi sementara menunggu mama :-
kol 5 suku ptg , aqeel sampai dgn pakcik n makcik aku yang dok rawang tu . aqeel tinggal kat sana buat sementara waktu , sbb kat sana dah tentu makan pakai dia semua siap tersedia . kalau dgn kteorg , terkejar2 nak jaga mama and dia , memang kelam kabut nanti ann . alhamdulillah , budak kecik tu sangat memahami , seolah2 tahu kenapa dia ditinggalkan kat Rawang . dia tak meragam and follow the flow ! 5 suku ptg sampai 7ptg aku bawak dia keliling hospital . kat bawah jelah , sbb budak bawak 12 tahun takleh naik ward . happy nye dia bila aku melayan -.-



pukul 8 ialah climax nye , sbb budget waktu yang doct cakap ialah dalam 4 - 5 jam pembedahan tu berlaku . kol 8 , kami start menunggu berita baik drpd screen tv . sbb dia akan siarkan waktu dah siap or belum siap di tv yang di khas kan :) masa kol 8 tu , kak nini (nurse merangkap bakal kak ipar aku) tu cakap , kawan dia sampaikan , myb pembedahan ni tambah lagi 2 jam ! hampir terlopong semua mulut . hmmmmm . mcm2 yang kami fikir dalam kepala hotak . takut mama bleeding lah , komplikasi kidney lah , bius hilang rasa lah and so on ! perempuan , biasalah kakak and kak nini tu. emosi lebih -.- 

kol 930 aku bergegas balik kerumah untuk mandi . fwuhhhhh ! kol 10 terus gerak dr umah kesini . bayang kan betapa dahsyat nye aku drive . skali sampai semua pakcik2 aku ade . syukur alhamdulillah :) mama dah pun keluar dalam kol 1030 lebih mcm tu lah . aqeel balik Rawang lepas pakcik aku dah melawat mama . 

kol 11 suku aku naik and lakukan routine aku menjaga mama :')

and now , aku bersyukur sangat2 mama selamat dan happy di depan aku ni . sepanjang mama tidur kat atas katil ward hospital ni , aku kusyuk memandang wajahnya . insaf sejenak aku bila memikir kan dosa2 yang aku sedar yang aku telah buat . aku harao , aku mampu berbakti untuk mama . aku nak kutip pahala and buang segala dosa yang pernah aku lakukan :) syukur yaAllah , dgn dugaanMU ni m aku membuka mataku untuk memndang jalan yang lurus dan bukan liku2 . syukur ....