M.A.M.A

Assalam semua. Ntah harini terniat pulak nak update blog. Pasal mama, walaupun bukan di hari ibu dan bukan di hari lahirnya tapi di bulan lahir nya. (My mom's birthday 16Nov)

MY MOMMA : SITI HAJAR

Aku MYRASYAFEEKA selaku anak bongsu nya, sangat2 menyayangi mencintai merinduinya setiap masa. Impian semua manusia yang bernama anak yang mahukan Mama nya usia panjang dan dikurniakan kesihatan yang sempurna. SUMPAH, aku berani sumpah, semua anak mahukan itu !

Sesungguhnya, aku hanya mampu merancang, segala keputusan terletak ditanganNYA. Aku hanya manusia yang naif, aku impikan Mama aku sihat selamanya, aku impikan Mama aku gagah dan kuat selamanya, aku impikan Mama yang sangat periang selamalamanya, aku impikan Mama perfect se-perfect malaikat (pada aku). Tapi, hakikatnya, kau pun tahu apa, Aku bersyukur sangat2 aku dikurniakan Mama yang sangat penyayang yang sangat lembut yang sangat baik. Bukan sahaja dgn anak-anak, bahkan dengan semua manusia yang berdamping dgn nya.

Mungkin lah ada dua tiga manusia yang mungkin menjengkel kan Mama and Mama buat endah tak endah dgn dia and mungkin ada Mama tak layan dia and mungkin jugak ada Mama marah dia or apa2. Kau kene ingat, Mama aku ni manusia macam kau, perasaan apa yang ada dalam diri kau. Begitu juga dgn dia,

Kau tahu, aku paling pantang bila orang cerita buruk pasal Mama aku. Sumpah aku pantang. Walaupun hakikatnya, Mama tak ambil hati dgn org tu. Tp, aku tak suka. Kau suka org cerita buruk pasal Mak kau? Aku berani jamin beb, kau pun tak suka :)

Aku ada Mama yang Kuat, yang dulunya takkenal siang atau malam. Yang paling mulia nya mama, walaupun dia sibuk dengan perniagaan, dia tak pernah lupa Allah, kewajiban dia sebagai hambaNYA tak pernah disiakan. Mama umpama Lilin kepada kami adik beradik, Mama membantu meringankan beban Abah. Mama tak pernah mengeluh penat walaupun hakikatnya dia penat. Keluar mencari rezeki selepas anak2 nya semua dah kesekolah. Mama tak pernah abaikan makan pakai kami. Mama hantar kami kesekolah Mama jemput kami balik dr sekolah. Abah mmg tak selalu ada dgn kami. Abah sangat sibuk, biasalah, banyak halnya. Mama yang selalu dgn kami.

Drpd aku kecil ! Aku adalah anak yang tak pernah mintak sesuatu and tak dapat. Semua aku mintak semua aku dapat. Jika sesuatu barang yg aku inginkan and Mama tak berapa nak mampu, Mama akan cipta satu cerita yang sangat negative and menyeramkan dan dan dan membuatkan aku taknak beli bende tu, (i still remembered the way she explained about "chocholate") Mama sangat comel. Bila aku dah besar baru aku dapat tahu beza yang mana dongeng yang mana kebenaran.

Mama mengajar aku pelbagai benda. Honestly, mama sangat gigih keluar mencari makan untuk kami adik beradik. Dulu aku mengidap Asthma yang sangat sangat teruk, since kecil. Dan bila aku dah 4tahun, pelbagai ubat Mama sediakan dirumah. Pagi2 while abang2 and kakak ke sekolah, aku akan tdo sampai tgh hari. Mama seperti biasa lakukan rutin hariannya. Mama jaga aku sangat sempurna. Bila kakak balik skolah pukul 1, kakak jaga aku sampai ke ptg. Mama ligat jalankan business. Aku asthma ptg2, kakak yang jaga, sbb pagi dah puas tdo, so, ptg mmg semput teruk lah, kakak sapukan balm, kakak urutkan, kakak dodoikan. Memang, memang dua wanita ni sangat bermakna bagi aku. Tolong, kekadang aku menderhakai kedua nya, dan selalu aku tewas dalam tangisan. Aku takkan terhamak nak buat orang yang jaga aku sepenuh hatinya sakit dan terpukul dgn kekurangan ajar ku,

Mama sangat ligat menjalankan perniagaannya. Abah juga membantu.
--- --- --- --- --- --- --- --- --- --- --- --- ---
percaya tak percaya ^^^ posting di atas adalah... 2-3tahun yang lalu yang aku nak post, tetapi tanganku tak post. I dont know why. And now..........

I have a very not good story, which my parents both already passed away.

Abah left us on 10 February 2018 and mama follows him on 06 January 2019.
For whoever read this blog, i really hope you gais can sedekahkan Al-Fatihah to my parents. Allah bless you gais..


Thanks so much gais, meluangkan masa untuk baca this post. Aku pun tak de kekuatan nak cerita lebih2, meleleh air mataku, hilang macho depan suami.

nota kaki : sila hargai kedua ibu bapa mu sementara mereka masih ada (walaupun korang dah jemu dgn ayat ni) sungguh aku maksud kan. Bila mereka dah takda kelak, menyesal dah tak berguna. Menangis siang malam takkan mengembalikan mereka kedunia lagi. Korang tunggu lah waktu kita dihimpunkan kat sana, itu pun semoga Allah permudahkan urusan kita disana.

yang baik datangnya drpd Allah SWT dan yang kurang baik datangnya drpd pihak aku, mohon maaf jika ade kekurangan atau pun anda terkecil hati dgn posting ni.

Lots of lovee ~

No comments:

Post a Comment