Madam A vs Miss J

Hi,

Semenjak aku pindah ke Rawang. Aku pergi kerja balik kerja tiap hari adalah menaiki bas.

Bas tu daripada company "Setara Jaya" tapi popular dengan SJ.

Ada satu pasangan ni aku rasa tersangat lah sweet. Sejak aku naik bas ni pada hari pertama sehingga lah sekarang. Pegi kerja bersama balik kerja bersama.

Bas diawal pagi SJ sediakan pd pukul 6, 6.30 & 7 pg. Diptg hari pula pada 5.30, 6.15 & 7 ptg.

Selalu yg aku perasan pasangan ni setiap petang lah. Aku selalu naik bas pukul 7ptg since aku balik kol 6ptg kan. Mmg tak sempat nak kejar bas yg pukul 6.15 tu.

Asal aku naik bas je aku akan nampak yg lelaki Mr Z ni duduk disalah satu seat yg tersedia ada. Tak lama kemudian akan muncul lah Miss J dan melabuh punggung di sebelah Mr Z. Aku syak mereka ni drpd berbeza tempat kerja lah.

Memang mereka sweet, share makanan, share air dlm bas. Sweet je di mata penumpang yg lain atau mungkin hanya aku seorang je 😁

Nak dijadikan cerita, harini, aku pergi Pasaraya Grand Union untuk membeli beras. Aku bertemu dgn Mr Z dan Madam A.

Fyi, Madam A ni adalah kawan baik Kak Ayu (jiran sebelahku) alangkah terkejutnya aku tgk lelaki disebelahnya itu yg digelar suami dan dikenalkan pada aku itu adalah lelaki yg sama bersama dgn Miss J setiap hari di dalam bas SJ.

Kau rasa? Aku tak terkejut beruk?
Mahu saja mulut celupar aku bertanya, 'siapa perempuan yg selalu bersama encik di dalam bas?' Tp aku tak sampai hati sbb Madam A dtg nak membeli belah bersama suami dan anak nya.

Setibanya aku kat pintu rumah. Kak Ayu tanya dgn mendayu "dari manaa tuuuuuuuuuuu.....?" Lambat lambat aku ckp dr grand union.

Aku si kepochi pun bertanya lah "Kak Ayu, suami Madam A tu ade adik atau kakak ke yg tinggal disini dan bekerja kat kl?"
Kak ayu pelik and kata "laki dia tu sebatang kara"

Dan aku pun berhuhuhu jelah.

1 comment:

  1. Seriuss nok.?????..weii ni hang kene storyyy ni.!!!!...roti kaya oh bulan budi mangga!!!
    ..

    ReplyDelete