Sabar Manusia Ada Limit

Kalau aku rasa aku salah, then, okay aku salah. Aku akan minta maaf. Dan kalau aku dah minta maaf kau masih nak marah. Itu hak kau. Aku tak campur.

Tp kau kene ingat, aku pun ada perasaan. Aku ada jiwa. Aku ada masalah aku sendiri. Part mana yg kau tak suka aku, part mana yg kau benci aku, kau kene bagitau untuk kebaikan (improvement). Bukan berdiam (silent treatment) dan perli memerli. 

Pada waktu kejadian, aku diam. Aku keluarkan airmata aku bukan pakai tenaga kau, aku tak pakai duit kau, aku tak usik kau langsung. Aku sehabis baik kawal diri aku, seboleh mungkin aku nak lawan minda aku. Tapi kau buat apa? Hentak kerusi? Kau perli aku sbb aku tak makan.

Air aku pun tak habis lagi minum.

Laaahh kau je ke yg ada hati? Aku takda, eh?

Aku takkan salahkan kau kalau teguran itu utk kebaikan. Sekurang-kurangnya, fikir dan cuba kasut aku. Nah aku hulurkan, 7UK.

Setakat kau cakap “faham faham” tapi sbnrnye kau buli aku. Itu tak betul. Mentang2 soal hati dan perasaan tiada mahkamah utk dipersembahan, tiada peguam utk membela, tiada hakim utk diadili. Tak bermaksud kau boleh buli mengikut undang-undang kau. Hati dan perasaan ni, individu tersebut je yg boleh tahu, yg boleh gambarkan, yg boleh rasa apa yg dia lalui. Dia takkan boleh jelaskan pada org luar yg hanya nampak drpd luaran.

Kerana sikap aku yg bodoh, kau nak bermusuh. Kerana emosi kau, kau ikutkan.

Ya, kau je ada emosi. Kau saje yg ada perasaan. Kau saje yg penat bekerja. Kau saje yg betul. Kau saje laaaah semuanya. Kau perfect, babe! 

1 comment: